Kanak-kanak 11 tahun antara 48 terkorban di Gaza
Astro Awani
Ogos 12, 2022 09:45 MYT
Ogos 12, 2022 09:45 MYT
KHAN YOUNIS: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun antara mangsa yang terkorban di Gaza susulan konflik yang disifatkan sebagai keganasan rentas sempadan terburuk dalam tempoh setahun lepas.
Jumlah korban rakyat Palestin akibat pertempuran hujung minggu lalu antara tentera Israel dan Gaza meningkat kepada 48 mangsa pada Khamis.
Ia selepas pertambahan korban seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, Layan Al-Shaer dan seorang lelaki dewasa susulan kecederaan parah.
Kematian Layan menjadikan jumlah kanak-kanak yang terkorban dalam pertempuran itu kepada 17.
Ketika ini dua orang kanak-kanak berusia 14 dan 8 tahun sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Secara keseluruhannya lebih 300 rakyat Palestin mengalami kecederaan dalam serangan hujung minggu lalu.
Sementara itu, Israel memaklumkan seramai 16 orang mungkin terbunuh susulan serangan balas yang dilepaskan pejuang Palestin.