Kanada yakin dapat import penutup hidung, mulut N95 dari AS di sebalik larangan import

Astro Awani
April 7, 2020 02:38 MYT
Trudeau berkata akan memastikan semua barangan penting ketika menghadapi COVID-19 akan diterima oleh Kanada. Gambar fail/ AP.
PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau yakin negaranya akan dapat mengimport penutup hidung dan mulut N95 dari Amerika Syarikat (AS) di sebalik larangan eksport oleh Presiden Donald Trump mengikut Akta Pengeluaran Pertahanan.
Trudeau berkata, Menteri Luar Kanada telah berbincang dengan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mengenai pesanan penutup hidung dan mulut untuk Kanada.
Katanya, beliau akan memastikan kesemua barangan penting ketika menghadapi COVID-19 akan diterima oleh Kanada.
Minggu lalu, Trudeau mempersoalkan tindakan Trump yang melarang eksport penutup hidung dan mulut N95 keluaran negara itu.
Rata-rata rakyat Kanada juga mempersoalkan tindakan Amerika ketika dunia berdepan pandemik COVID-19.
Ketika ini petugas kesihatan Kanada amat memerlukan penutup hidung dan mulut tersebut untuk merawat pesakit COVID-19.
#Amerika Syarikat #COVID-19 #Donald Trump #eksport #import #Justin Trudeau #Kanada #topeng muka