Kanada setuju dengan kemas kini NAFTA
Reuters
Oktober 1, 2018 11:31 MYT
Oktober 1, 2018 11:31 MYT
Kanada bersetuju dengan rangka baru Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), meneruskan perjanjian bersama Amerika Syarikat dan Mexico selepas rundingan selama lebih setahun.
Antara lain, rangka baru ini adalah kemas kini kepada perjanjian NAFTA, akan memberikan akses tambahan kepada produk tenusu dari Amerika masuk ke Kanada.
Menurut laporan Reuters, Kanada juga akan mengehadkan eksport kenderaannya ke Amerika Syarikat.
Menurut Presiden AS Donald Trump, Kanada harus bersetuju dengan kemas kini perjanjian berkenaan sebelum tamat tarikh akhir pada tengah malam Ahad.
Jika tidak Kanada akan disingkirkan daripada perjanjian yang dikuatkuasakan pada 1994.
Trump sebelum ini menyalahkan NAFTA atas kehilangan pekerjaan di AS dan mahukan NAFTA diubah.