Kanada, Mexico tidak terlepas tarif baharu import besi, aluminium - Trump

Agensi
Mac 5, 2018 05:29 MYT
Presiden Donald Trump berkata terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi jiran-jirannya itu jika mahukan pengecualian tersebut.
Amerika Syarikat menegaskan Kanada dan Mexico tidak akan dikecualikan dari tarif baharu import besi dan aluminium yang diumumkan kelmarin.
Presiden Donald Trump berkata terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi negara jirannya itu jika mahu pengecualian tersebut.
Menurutnya pengecualian tersebut boleh dilakukan jika Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara NAFTA digubal dan ditandatangani semula.
Perkara itu dijelaskan Trump dalam tweet terkininya pada Isnin.
"Tarif pada Keluli dan Aluminium hanya akan dikeluarkan jika perjanjian NAFTA baru dan adil ditandatangani," katanya.
Tambah Trump, Mexico juga perlu memastikan agar tiada lagi kemasukan dadah dari negara itu ke Amerika Syarikat, manakala Kanada pula digesa memberi layanan yang baik kepada golongan petani.
#aluminium #Amerika Syarikat #besi #Dadah #Donald Trump #Kanada #Mexico #presiden
;