Kanada menggesa Israel dan Palestin segera kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan rundingan damai yang tertangguh.

Gesaan itu dibuat menteri luarnya, John Baird dalam sidang media bersama rakan sejawatnya dari Palestin, Riyad Al-Maliki di Tebing Barat.

Menurut Baird, ia adalah langkah penting bagi mencapai kestabilan serantau.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Riyad berterima kasih kepada kerajaan Kanada yang berterusan menyokong Palestin terutamanya dalam bidang perundangan dan keselamatan.

Sebelum itu, Baird mengadakan pertemuan dengan Presiden Mahmoud Abbas dan dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu minggu depan.