'Kami dah dewasa, boleh pilih sendiri' - Respons netizen Thai terhadap nasihat istana

Nailah Huda
Mac 24, 2019 18:07 MYT
Rakyat Thailand menunggu dalam barisan untuk membuang undi pada pilihan raya pertama sejak tentera merampas kuasa pada 2014 - Foto Reuters.
SEHARI sebelum rakyat Thailand membuang undi pada pilihan raya umum (PRU) hari ini, Istana Thailand mengeluarkan pengumuman oleh Raja Maha Vajiralongkorn yang menyampaikan pesanan supaya rakyat mengundi dengan ‘baik’.
Memetik laporan portal berita tempatan The Nation, kenyataan itu dikeluarkan pada 8.44 malam waktu tempatan pada Sabtu mengambil kata-kata ayah kepada Raja Vajiralongkorn, iaitu mendiang Raja Bhumibol dalam ucapannya pada Disember 1989.
Dalam ucapannya, Raja Bhumibol berkata: “Ingatkan satu perkara penting, bahawa dalam pentadbiran negara ini akan ada orang yang baik dan orang yang jahat. Tidak ada siapa-siapa yang boleh menjadikan semua orang baik.
“Untuk menjaminkan keselamatan dan keamanan negara, walaupun kita tidak boleh menjadikan semua orang baik, namun kita harus menyokong apa yang ‘baik’.” Kita harus memastikan orang yang ‘baik’ memerintah dan orang yang ‘jahat’ tiada kuasa untuk melakukan kekacauan dan gangguan.”
Menurut laporan akhbar tempatan Bangkok Post, Raja Vajiralongkorn turut menegaskan harapannya agar semua rakyat serta pegawai kerajaan untuk mempertimbangkan mesej tersebut.
Bagaimanapun, netizen bertindak balas kepada mesej itu di Twitter dengan menggunakan tanda pagar #โตแล้วเลือกเองได้ yang bermaksud “kami sudah dewasa dan boleh memilih untuk diri sendiri.”

BREAKINGFollowing King Vajiralongkorn's announcement interfering in the Thai election, #โตแล้วเลือกเองได้ is now the top trending hashtag on Thai Twitter. In the 21st century, Thais are getting smarter, and they don't like being told what to do by the military and monarchy.

— Andrew MacGregor Marshall (@zenjournalist) March 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Thanks for your advice ka but #โตแล้วเลือกเองได — NN- (@anantaonrunway) March 23, 2019

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Respect my vote and our opinions #โตแล้วเลือกเองได้

— AnaTonY (@TewanJairakrian) March 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kebanyakan tweet yang menggunakan tanda pagar berkenaan berasaskan sentimen seolah-olah menolak mesej tersebut yang menunjuk kepada pembaharuan dalam landskap politik negara Gajah Putih itu.
Hari ini, lebih 51 juta pengundi dijangka mengundi bagi memilih 500 wakil ke Dewan Perwakilan, di mana 350 deripada mereka dipilih secara langsung menerusi pilihan raya kawasan, manakala 150 akan dilantik menerusi senarai perwakilan parti.
#Bangkok #pilihan raya #PRU #Raja Bhumibol #Raja Vajiralongkorn #Thailand #Thailand Election 2019 #Twitter
;