Kamala Harris wanita pertama jadi Naib Presiden AS

Faris Danial Razi
November 7, 2020 01:19 MYT
Jawatan Kamala Harris di White House itu terjamin selepas Joe Biden memperolehi 273 jumlah undian elektoral pada Sabtu. - AP
KUALA LUMPUR: Kemenangan Parti Demokrat dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) melakar sejarah baharu apabila Kamala Harris menjadi wanita pertama dilantik sebagai Naib Presiden.
Bukan itu sahaja, Harris turut menjadi wanita kulit hitam pertama menjawat jawatan berkenaan.
Harris yang mempunyai darah Asia Selatan, India dan Jamaica, juga akan menjadi wanita pertama yang mempunyai darah campuran menjadi Naib Presiden.
Jawatan Harris di White House itu terjamin selepas Joe Biden diunjurkan memperolehi 273 jumlah undian elektoral pada Sabtu.
Selepas hampir seminggu menunggu keputusan undian, Biden mengalahkan Donald Trump daripada parti Republikan yang hanya meraih 214 undi elektoral.

This election is about so much more than @JoeBiden or me. Its about the soul of America and our willingness to fight for it. We have a lot of work ahead of us. Lets get started.pic.twitter.com/Bb9JZpggLN

— Kamala Harris (@KamalaHarris) November 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Harris juga bekas Senator California dalam satu ciapan di akaun Twitter rasminya, berkata bahawa pilihan raya ini cukup bermakna baginya dan juga Presiden, Joe Biden.
"Ini melibatkan jiwa Amerika dan keinginan kami untuk memperjuangkannya. Kami mempunyai banyak tugas yang menanti di masa hadapan. Mari kita lakukannya," jelasnya.
BACA: Siapa Joe Biden? Ini lima fakta ringkas presiden baharu Amerika Syarikat!
BACA: AS Memilih: Joe Biden sah Presiden Amerika Syarikat ke-46
#Donald Trump #AS #Amerika Syarikat #pilihan raya #presiden #Joe Biden #Barack Obama #Naib Presiden AS #AS memilih #Kamala Harris #pilihan raya amerika syarikat #Pemilihan Presiden AS
;