Kamala Harris sah diangkat sebagai Naib Presiden AS

Astro Awani
Januari 20, 2021 00:45 MYT
Harris, 56 diisytiharkan sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat yang baharu untuk bergandingan dengan Presiden Joe Biden. - Gambar REUTERS
WASHINGTON: Kamala Harris sah diangkat sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat yang baharu selepas selesai mengangkat sumpah di Bangunan Capitol, Washington D.C pada jam 11:42 pagi (waktu tempatan) atau 12:42 pagi waktu Malaysia.
Harris, 56 diisytiharkan sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat yang baharu untuk bergandingan dengan Presiden Joe Biden.
[LAPOR LANGSUNG] Joe Biden kini Presiden AS ke-46
Beliau yang tampil berpakaian warna ungu sewaktu upacara angkat sumpah memecahkan penguasaan lelaki yang menguasai jawatan kedua tertinggi di AS itu bersama satu lagi sejarah tambahan iaitu wanita kulit hitam pertama memegang jawatan berkenaan.
Kamala dan Biden berjaya menerajui kepimpinan tersebut selepas Pennsylvania dan Nevada menjadi pelengkap kejayaan Parti Demokrat pada pilihan raya presiden November lalu.
#Joe Biden #presiden #Naib Presiden AS #Kamala Harris #angkat sumpah #naib presiden wanita pertama
;