“Tidak seperti Donald Trump, saya tidak menganggap orang yang tidak sependapat dengan saya sebagai musuh. Dia ingin memenjarakan mereka; saya akan membawa mereka ke meja perbincangan,” kata Harris dalam kempen mega Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) di National Mall, di sini, pada Selasa.
Bahkan, Harris turut berjanjin untuk menjalankan tugas dengan kegembiraan.
“Dan saya berjanji untuk menjadi Presiden untuk semua rakyat Amerika - dan sentiasa meletakkan negara di atas kepentingan parti dan diri sendiri.”
Calon Presiden AS wanita pertama yang berdarah kacukan India-Jamaica itu juga berjanji akan bekerja setiap hari untuk membina kesepakatan dan mencapai kompromi untuk melaksanakan sesuatu.
“Jika anda memberi saya peluang untuk berjuang bagi pihak anda, tiada apa pun di dunia ini yang akan menghalang saya,” ikrar Harris lagi.
Beliau turut menyentuh beberapa janji utama kempen pilihan raya termasuk menangani kos sara hidup yang melambung tinggi dan membantu golongan kelas pertengahan Amerika membeli rumah pertama mereka. - Agensi