Kaki hancur terkena percikan lava gunung berapi Kilauea

Reuters
Mei 20, 2018 15:00 MYT
Mangsa yang merupakan penduduk di Noni Farms Road berada di balkoni ketika kejadian berlaku dan kakinya dilaporkan hancur akibat terkena percikan lava yang panas dan berat itu.
Seorang mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas gunung berapi Kilauea di Hawaii meletus sekali lagi pada awal pagi Ahad.
Ini merupakan kes pertama dilaporkan melibatkan kecederaan orang awam selepas gunung berapi itu mula aktif pada awal bulan ini.
Mangsa yang merupakan penduduk di Noni Farms Road berada di balkoni ketika kejadian berlaku dan kakinya dilaporkan hancur akibat terkena percikan lava yang panas dan berat itu.
Namun tiada laporan lanjut susulan kejadian itu.
Lebih parah apabila limpahan blok lava gunung itu mula memenuhi lebuh raya yang menjadi jalan utama kepada penduduk di kawasan pantai untuk menyelamatkan diri.
Sebelum ini, limpahan lahar yang mengalir pantas dari gunung berapi tersebut memusnahkan empat buah rumah di Big Island.
#Big Island #cedera #Hawaii #kaki hancur #kilauea #lava #mangsa #Noni Farms Road #rumah