Kadar tarif elektrik Singapura turun 8% suku tahun pertama 2015

Agensi
Disember 31, 2014 07:16 MYT
Kadar baru ini akan menjadikan isi rumah Singapura akan mengalami penurunan tarif elektrik 25.28 23.29 sen per kWj dari 1 Januari hingga 31 Mac tahun hadapan.- Gambar Fail
Kos bahan api yang rendah akan menyaksikan tarif elektrik di Singapura dikurangkan secara purata sebanyak 8 peratus atau 1.99 sen bagi setiap kilowatt jam (kWj) pada suku pertama tahun hadapan (2015).
Pengurangan ini didorong oleh penurunan bahan api sebanyak 16.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Menurut firma tenaga Singapura, SP Services dalam akhbar The Straits Times pada Selasa, kadar baru ini akan menjadikan isi rumah akan mengalami penurunan tarif elektrik 25.28 – 23.29 sen per kWj dari 1 Januari hingga 31 Mac tahun hadapan.
"Oleh kerana kos bahan api menurun kira-kira 50 peratus daripada tarif, ini menjadikan pengurangan berkadar 8 peratus dalam tarif elektrik Q1 2015" kata SP Services.
Kajian suku tahunan tarif elektrik ini dibuat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh pengawal selia industri elektrik (Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga).
#kos bahan api #Singapura #tarif elektrik