Kadar pengangguran di Greece paling tinggi Mac
Agensi
April 12, 2013 12:37 MYT
April 12, 2013 12:37 MYT
Jabatan statistik Greece melaporkan kadar pengangguran di negara itu mencecah satu lagi paras rekod tinggi pada bulan Mac lalu.
Kadar pengangguran bulan itu direkodkan sebanyak 27 peratus, naik berbanding 25 peratus bulan sebelumnya.
Angka terbaru menunjukkan orang muda paling ramai tidak bekerja dengan taraf pengangguran dalam kumpulan umur diantara 15 dan 24 tahun adalah sebanyak 59 peratus pada Januari lalu.
Ia kini bergantung sepenuhnya dengan pinjaman dana penyelamat antarabangsa untuk menyelesaikan hutang luarnya.
Dan sebagai memenuhi tuntutan pembiaya hutang, Athens terpaksa mengenakan langkah penjimatan ketat yang membebankan sehingga mencetuskan protes di kalangan rakyatnya.