'Kacak macam PM Kanada' - Pemuda seiras Trudeau raih populariti
Astro Awani
Januari 15, 2019 14:20 MYT
Januari 15, 2019 14:20 MYT
Seorang penyanyi amatur dari Afghanistan meraih perhatian ramai gara-gara memiliki wajah seiras Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.
Keistimewaan Abdul Salam Maftoon, 29, yang sering dijemput menyanyi di majlis perkahwinan itu disedari juri pertandingan nyanyian popular 'Afghan Star'.
Ia sekali gus menjadikannya sensasi internet dalam sekelip mata.
"Saya tidak tahu apa-apa mengenai Justin Trudeau sehingga saya melihat gambar di media sosial.
"Persamaan itu meningkatkan peluang saya untuk memenangi pertandingan tersebut," kata pemuda berasal dari wilayah Badakhshan berkenaan yang turut berhasrat menemui 'kembarnya' itu satu hari nanti.