Kaca akrilik sebagai pemisah di Dewan Parlimen Daerah Jerman

Agensi
Jun 24, 2020 07:09 MYT
Ahli Parlimen menghadiri persidangan Dewan Parlimen Daerah North Rhine-Westphalia di Duesseldorf, Jerman, 24 Jun, 2020. (Foto AP)
BUAT pertama kali selepas penularan COVID-19 di Jerman, Parlimen Daerah bersidang menggunakan pendekatan normal baharu iaitu penggunaan kaca akrilik sebagai pemisah antara satu sama lain.
Sejak penularan COVID-19 di negara itu, Parlimen Daerah hanya bersidang dengan menghimpunkan satu per tiga ahli Dewan susulan arahan penjarakan sosial.
Gabenor daerah North Rhine-Westphalia, Armin Laschet, memulakan sesi persidangan pada Rabu tentang langkah penjanaan semula ekonomi susulan krisis COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Pada Selasa, pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung di wilayah Jerman Barat selepas ratusan penduduk tempatan berdekatan rumah sembelihan disahkan positif COVID-19.
Ia bagi mengelakkan penularan jangkitan dalam komuniti tempatan.
Pihak berkuasa mengenal pasti lebih 1,550 kes positif COVID-19 bagi kluster tersebut dan pengesanan kontak rapat masih lagi dijalankan.
#ahli Parlimen #bersidang #COVID-19 #jangkitan #Jerman #kaca akrilik #North Rhine-Westphalia #Parlimen #pemisah #penjanaan semula ekonomi #penjarakan sosial #perintah berkurung #rumah sembelihan
;