Kabus tebal jejas pengangkutan awam New Delhi

Agensi
Disember 28, 2022 03:30 MYT
IMD turut meramalkan cuaca sejuk bakal melanda di beberapa kawasan di negeri barat laut Punjab, Haryana dan Delhi dalam tempoh dua hari akan datang. - Gambar Twitter @ANI
NEW DELHI: Suhu rendah dan kabus dilaporkan melanda ruang udara New Delhi sehingga suhu mencecah serendah 5.6 darjah celsius.
Memetik laporan The Daily Star, Lapangan Terbang Delhi memaklumkan jadual penerbangan bermungkinan terjejas berikutan cuaca kurang baik dengan jarak penglihatan hanya 50 meter (164 kaki) di beberapa kawasan.
Dalam masa sama, media tempatan melaporkan sebanyak 15 buah kereta api menuju Delhi dilaporkan lewat tiba disebabkan masalah kabus tebal.
Jabatan Meteorologi India (IMD) memaklumkan keadaan "kabus sangat tebal" berkemungkinan berterusan di beberapa bahagian bandar itu dalam tempoh 24 jam akan datang.
IMD turut meramalkan cuaca sejuk bakal melanda di beberapa kawasan di negeri barat laut Punjab, Haryana dan Delhi dalam tempoh dua hari akan datang.
Terdahulu, gelombang sejuk diisytihar di India apabila suhu minimum menjunam kepada 4 darjah celsius atau 4.5 darjah celsius di bawah paras normal sehingga10 darjah celsius atau lebih rendah.
#New Delhi #kabus tebal #suhu rendah #pengangkutan awam