Kabul mahu Pakistan bantu jayakan rundingan damai

Astro Awani
Ogos 27, 2013 17:19 MYT
Presiden Afghanistan Hamid Karzai, mendesak Pakistan mengadakan rundingan damai dengan Taliban bagi menamatkan keganasan.
Perkara itu dinyatakan semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif di Islamabad.
Hujah Hamid, menerusi rundingan damai ia dapat mewujudkan kestabilan kepada kedua-dua negara.
Pakistan adalah kunci kepada proses damai itu kerana berdasarkan sejarah, Pakistan dan taliban mempunyai ikatan rapat.
Disebabkan fakta itu, Kabul sering menuduh Pakistan memberi perlindungan kepada gerila taliban dan dakwaan itu menjadi masalah dalam hubungan dua hala kedua-dua negara.
Menjawab desakan itu, Nawaz memberi jaminan akan sentiasa membantu proses damai melibatkan Taliban.
Pakistan menurutnya akan membantu mewujudkan kestabilan serantau.
Lawatan pertama kali Hamid ke Pakistan itu bertujuan menggerakkan semula rundingan damai dengan Taliban selepas terhenti sejak Jun lalu.
#Hamid Karzai #Presiden Afghanistan
;