Kabinet Thai akan dirombak - PM

Bernama
Ogos 18, 2015 05:58 MYT
PRAYUTH: Kini hanya menunggu perkenan daripada Raja. -Gambar fail
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha berkata beliau telahpun memohon perkenan daripada Raja Bhumibol Adulyadej untuk melakukan rombakan Kabinet.
"Kini hanya menunggu perkenan daripada Raja," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Kabinet di sini hari ini.
Kabinet sedia ada dibentuk pada September tahun lepas, menggantikan kerajaan bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra susulan rampasan kuasa pada beberapa bulan sebelum itu.
Mesyuarat Kabinet hari ini berlangsung hanya lebih sejam, merupakan mesyuarat Kabinet paling pendek sejak Gen Prayuth menjadi Perdana Menteri.
Insiden letupan bom semalam nampaknya seperti berada di fikirannya semasa beliau ditemui pemberita ketika sedang bergegas keluar dari pajabatnya.
#Bangkok #Bhumibol Adulyadej #kabinet #letupan #Prayuth Chan-ocha #Thailand #Yingluck Shinawatra