Kabinet PM Jepun Suga letak jawatan
Bernama
Oktober 4, 2021 13:08 MYT
Oktober 4, 2021 13:08 MYT
TOKYO: Barisan kabinet Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga meletak jawatan pada Isnin sementara pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) Fumio Kishida yang baharu dipilih dijangka akan mengambil alih jawatan perdana menteri.
Kabinet pimpinan Suga telah menerajui pentadbiran sejak September 2020, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Kyodo.
"Ini adalah titik permulaan yang sebenarnya. Saya akan terus maju dengan penuh tekad," kata Kishida pada sidang media di ibu pejabat LDP.
Kishida, yang memenangi pemilihan kepemimpinan LDP bulan lalu akan dipilih sebagai perdana menteri pada sidang parlimen, Isnin.
-- BERNAMA