Kabinet Israel bincang kemungkinan sambung gencatan senjata

Agensi
November 27, 2023 08:15 MYT
Kabinet Perang Israel pada Ahad membincangkan mengenai kemungkinan gencata senjata yang dipersetujui dengan Hamas dilanjutkan. - Gambar fail REUTERS
TEL AVIV: Kabinet Perang Israel pada Ahad membincangkan mengenai kemungkinan gencata senjata yang dipersetujui dengan Hamas dilanjutkan, kata sumber Israel kepada CNN.
Menurut sumber tersebut, syarat-syarat untuk memanjangkan gencatan senjata itu masih kekal dengan apa yang dipersetujui dalam rundingan asal iaitu pasukan pejuang Hamas perlu membebaskan tambahan 10 tebusan Israel pada setiap hari baharu pemberhentian sementara perang antara kedua-dua mereka.
Rundingan berkenaan turut bersetuju pembebasan setiap tebusan di bawah tawanan Hamas akan bertukar dengan pembebasan kaum wanita dan kanak-kanak rakyat Palestin yang dipenjarakan oleh Israel.
Gencatan senjata sementara juga dicapai bagi membolekan misi bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
“Kumpulan pertama tebusan dan banduan dibebaskan pada Jumaat lalu, manakala, selebihnya pula dibebaskan pada hari Sabtu dan Ahad.” - Agensi
#Perang Palestin-Israel #gencatan senjata #Kabinet Perang Israel #pembebasan tebusan
;