Kabinet Belarus letak jawatan
Bernama
Februari 3, 2025 06:10 MYT
Februari 3, 2025 06:10 MYT
MINSK: Barisan kabinet Belarus telah meletak jawatan susulan pilihan raya presiden, menurut perkhidmatan akhbar pada Isnin, lapor Xinhua.
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.
Dokumen peletakan jawatan itu ditandatangani oleh Perdana Menteri negara itu, Roman Golovchenko.
Presiden Belarus Alexander Lukashenko pada Isnin menandatangani dekri yang mengarahkan kerajaan sedia ada untuk terus melaksanakan tugas mereka sehingga kerajaan baharu dibentuk.
Pilihan raya presiden itu diadakan di Belarus pada 26 Jan, dengan Lukashenko memperoleh kemenangan sebanyak 86.82 peratus undi.
-- BERNAMA