Kabinet baharu Sri Lanka: Empat menteri angkat sumpah

Bernama
April 4, 2022 20:45 MYT
Banyak lagi nama dijangka diumumkan dalam masa terdekat bagi menganggotai barisan Kabinet baharu jika parti pembangkang bersetuju membentuk kerajaan campuran. - Gambar fail REUTERS
COLOMBO: Sri Lanka pada Isnin menyaksikan empat menteri baharu mengangkat sumpah di hadapan Presiden Gotabaya Rajapaksa, lapor Xinhua.
Menurut Pejabat Presiden, mereka terdiri Menteri Kewangan, Menteri Luar, Menteri Pendidikan dan Menteri Lebuhraya.
Banyak lagi nama dijangka diumumkan dalam masa terdekat bagi menganggotai barisan Kabinet baharu jika parti pembangkang bersetuju membentuk kerajaan campuran.
Bantahan meletus di Sri Lanka sejak beberapa hari lepas yang mendesak kerajaan mengambil langkah segera menyelesaikan krisis ekonomi, isu bekalan elektrik dan kekurangan bahan api.
Berikutan itu, pada Ahad menteri Kabinet sebelum ini melepaskan jawatan.
Pada Isnin, Presiden Rajapaksa mempelawa semua parti politik menyertai kerajaan campuran bagi mencari penyelesaian kepada krisis itu.
-- BERNAMA
#angkat sumpah #Kabinet Baharu #kerajaan campuran #Sri Lanka