Kabinet baharu Sepanyol mula tugas, dibarisi menteri wanita

Astro Awani
Julai 13, 2021 06:10 MYT
Pedro Sanchez (tiga, kiri) diiringi Timbalan Perdana Menteri (TPM) III Teresa Ribera (kiri), TPM I Nadia Calvino (dua, kiri) dan TPM II Yolanda Diaz (kanan), di Madrid, Sepanyol, 13 Julai, 2021. (Foto AP)
BARISAN menteri kabinet baharu Sepanyol bermesyuarat buat pertama kalinya pada Selasa.
Kabinet pasca rombakan diumum Sabtu lalu menyaksikan 14 daripada 22 portfolio menteri dipegang wanita.
Ia adalah peningkatan 63 peratus berbanding barisan kabinet sebelum ini.
Usia purata barisan menteri baharu ini adalah 50 tahun.
Kabinet baharu ini dijangka meluluskan dana 5.1 bilion dolar untuk melonjakkan semula industri automotif.
Dana itu adalah satu daripada tujuh pelan perindustrian yang diperuntukkan Kesatuan Eropah, menerusi dana pemulihan pandemik.
Perdana Menteri Pedro Sanchez mengambil alih pentadbiran negara itu pada Januari 2020 selepas episod ketidaktentuan politik selama beberapa bulan.
Selepas dua bulan, kerajaan pakatan pimpinan Sanchez diduga dengan pandemik COVID-19.
Ia memaksa negara itu melaksanakan perintah sekatan ketat, dan menjejaskan ekonominya yang bergantung kepada sektor pelancongan.
Sanchez juga terpaksa berdepan isu kemerdekaan Wilayah Catalan.
#COVID-19 #pandemik #Kesatuan Eropah #sektor pelancongan #Paris #pelancongan #kabinet #sepanyol #Pedro Sanchez #Perdana Menteri
;