Kabinet baharu Mesir angkat sumpah

Bernama
Julai 3, 2024 05:40 MYT
Terdiri daripada 30 menteri, Kabinet baharu Mesir menyaksikan penggabungan beberapa kementerian dan pengenalan kementerian baharu, terutama portfolio ekonomi. (Foto AP)
KAHERAH: Kabinet baharu Mesir mengangkat sumpah di hadapan Presiden Abdel-Fattah al-Sisi, di Istana Al-Ittihadiya di ibu negara Mesir, Kaherah, pada Rabu, lapor Xinhua, memetik stesen televisyen kerajaan Nile TV.
Sebelum upacara angkat sumpah, al-Sisi menaikkan pangkat Abdel-Maguid Sakr kepada Leftenan Jeneral dan melantiknya sebagai Menteri Pertahanan dan Pengeluaran Tentera, menggantikan Mohamed Zaki.
Kabinet baharu ini diketuai oleh Perdana Menteri Mostafa Madbouly, yang telah memegang jawatan itu sejak 2018.
Terdiri daripada 30 menteri, Kabinet baharu ini menyaksikan penggabungan beberapa kementerian dan pengenalan kementerian baharu, terutama portfolio ekonomi.
Pada Ahad, Presiden berkata keutamaan utama kabinet baharu adalah untuk mengurangkan kesan kenaikan harga dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
-- BERNAMA
#Mesir #kabinet #angkat sumpah #Abdel-Fattah al-Sisi
;