'Jutawan' tinggalkan hutang kepada isteri selepas majlis persandingan mewah

Agensi
Oktober 3, 2019 13:47 MYT
'Jutawan' bernama Nat dan isterinya, Da diraikan dalam majlis persandingan mewah di Muang, Thailand pada 10 Mei lalu. - Gambar BANGKOK POST
MALANG buat seorang wanita apabila keinginan untuk menikmati kebahagiaan dengan suami 'jutawan' berakhir dengan penderitaan.
Sejurus berakhir majlis persandingan besar-besaran di sebuah hotel mewah, Nut yang mendakwa dirinya seorang jutawan di Thailand meninggalkan hutang sebanyak 3.5 juta Baht (RM480,000) kepada isterinya, Da pada 10 Mei lalu.
Pada hari perkahwinan itu, Nut meninggalkan sekeping cek bertulis 1.6 juta Baht (RM220,000) sebagai mas kahwin.
Bagaimanapun, selepas majlis persandingan itu, cek itu hilang sehingga menyebabkan keluarga pengantin perempuan buntu dan tertanya-tanya mana hilangnya cek berkenaan.
Sebelum majlis perkahwinan itu adakan, Da dilaporkan ada membawa bakal suami bertemu ibunya, Noi di majlis pengebumian bapanya.
Ketika itu, Da memperkenalkan Nat sebagai 'jutawan' serta memberitahu lelaki itu sudah melamarnya.
Selebihnya, tidak ada apa-apa maklumat yang diketahui oleh keluarga Da mengenai lelaki 'jutawan' itu.
Sudahlah tidak melunaskan bil penganjuran majlis perkahwinan di hotel, 'jutawan' itu juga meninggalkan isteri yang dikahwininya dengan bebanan hutang.
Noi yang turut menjaga ibunya yang lumpuh berkata, keluarganya tidak nampak bagaimana cara untuk menjelaskan hutang yang ditinggalkan menantunya yang tidak bertanggungjawab.
Pilihan lain yang ada, kata Noi, anaknya, Da terpaksa meminta bantuan daripada aktivis undang-undang.
Sementara itu, pemilik Alvarez Hotel di Buri Ram, Wasant Thepnakhon mengesahkan kepada portal berita Bangkok Post, majlis persandingan mewah antara 'jutawan' Nat dengan Da dikendalikan oleh sekumpulan profesional dari Bangkok.
Menurut Wasant, pengantin lelaki itu mendakwa dia menjalankan perniagaan pesawat sewa khas antara Thailand dan Hong Kong.
'Jutawan' itu juga tidak meninggalkan sebarang bayaran deposit untuk majlis perkahwinannya di hotel itu.
Kakitangan hotel itu juga sudah berkali-kali berusaha menghubungi Nat untuk mendapatkan 400,000 Baht (RM54,000) bagi pembayaran lokasi majlis, makan serta minuman.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan mematikan telefon bimbitnya dan tidak dapat dikesan.
#hutang #Jutawan #mewah #perkahwinan #Thailand
;