Jutawan Jepun batal misi mengelilingi bulan kerana kelewatan SpaceX

Amanz
Jun 3, 2024 09:20 MYT
Maezawa berkata keputusan membatalkan misi terpaksa dilakukan kerana kini tidak ada tarikh bilakah ia akan dapat dilancarkan. - Amanz
JUTAWAN Jepun Yusaku Maezawa mengumumkan misi Dear Moon Project yang ingin membawa lapan individu mengelilingi bulan telahpun dibatalkan.
Ini adalah kerana misi yang sepatutnya dilakukan pada tahun 2023 telah mengalami kelewatan disebabkan kapal angkasa Starship masih belum mampu dihasilkan oleh SpaceX.
Misi ini mendapat perhatian ramai kerana ia adalah misi terawal menggunakan Starship diumumkan oleh Elon Musk dan Yusaku Maezawa pada tahun 2018.
Antara individu yang terpilih menjadi krew pula ialah DJ Steve Aoki dan bintang KPOP TOP (Choi Seung Hyun).
Maezawa berkata keputusan membatalkan misi terpaksa dilakukan kerana kini tidak ada tarikh bilakah ia akan dapat dilancarkan.
Kegagalan SpaceX menghasilkan Starship juga telah menyebabkan Misi Artemis turut akan ditangguh ke 2026.
Walaupun ujian telah dilakukan tiga kali, Starship masih gagal kembali semula ke bumi seperti yang dikehendaki oleh misi.
Dalam dua pelancaran pertama ia meletup manakala pada ujian ketika perhubungan dengan pusat kawalan terputus sebelum ia terhempas. - Amanz
#yusaku maezawa #Dear Moon Project #Starship #SpaceX
;