Jutawan hartanah Hong Kong mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah

Agensi
Mei 8, 2014 22:39 MYT
Kes rasuah terbesar Hong Kong menyaksikan jutawan hartanah Hong Kong dibicarakan
Perbicaraan tuduhan rasuah ke atas dua jutawan hartanah Hong Kong, Thomas dan Raymond Kwok ditangguhkan apabila kesemua lima defendan mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.
Adik-beradik jutawan itu yang juga pengerusi bersama Sun Hung Kai Properties Ltd ditahan bersama bekas ketua setiausaha kerajaan, Rafael Hui oleh oleh badan pemantau anti-rasuah bandar tersebut pada Mac 2012.
Adik beradik itu yang berusia 62 dan 60 tahun dituduh memberi rasuah kepada Hui yang pernah memegang jawatan pegawai kedua tertinggi di negara itu.
Namun, ketiga-tiganya mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima menerima bayaran dan pinjaman lebih RM14 juta.
Dua beradik itu berada di kedudukan keempat dalam senarai orang terkaya Forbes Hong Kong 2014 dengan anggaran kekayaan mencecah lebih RM56 bilion.
Berpakaian serba hitam, dua beradik itu dilihat tersenyum semasa tiba di mahkamah sementara lebih 100 pemberita menunggu di luar.
Hui, 66 enggan mengulas pertanyaan pemberita semasa menunggu di luar kamar mahkamah tetapi memberitahu wartawan bahawa beliau ‘tidak merasa tenang’.
Kesemua defendan yang sebelum ini menafikan pertuduhan, mengaku tidak bersalah semasa perbicaraan dengan Thomas mendengar terjemahan prosiding menggunakan fon telinga.
Kes itu telah mencetuskan minat orang ramai terutama mengenai kaitan antara jutawan di pulau itu dan pegawai kerajaan Hong Kong sewaktu kerajaan cuba untuk menangani rasa tidak puas hati rakyat ekoran rekod jurang kekayaan yang melampau antara golongan kaya dan miskin di wilayah itu.
#hartanah #Hong Kong #perbiacaraan #Rasuah #Raymond Kwok #Thomas Kwok
;