Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS), lebih 90 juta penduduk di timur Ohio dan Kentucky berada di bawah amaran angin kencang dan banjir.
Bandar utama seperti New York, Philadelphia dan Boston dijangka menyaksikan hujan yang menyebabkan banjir dan berpotensi mengalami tiupan angin lebih 80 km sejam yang boleh menumbangkan pokok dan terputus bekalan elektrik.
Menurut NWS, banyak air sungai sudah melimpah hingga ke peringkat banjir sederhana dan amaran banjir telah disebarkan.
Kira-kira 500,000 rumah dan perniagaan dari Florida Utara ke Maine terputus bekalan elektrik.
Ribut itu juga menyebabkan lebih 1,400 penerbangan ditangguhkan atau dibatalkan, termasuk lebih 100 penerbangan masuk dan keluar dari Chicago.
Ribut itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya tiga kematian di Alabama, Carolina Utara dan Georgia, di mana angin kencang dan beberapa puting beliung melanda bahagian selatan.