Jutaan pengunjung dijangka hadir ke masjid di Tanah Suci untuk majlis khatam al-Quran
Bernama
April 7, 2024 17:22 MYT
April 7, 2024 17:22 MYT
MAKKAH: Kepresidenan Hal Ehwal Agama di Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi sedang melakukan persiapan menyambut kehadiran jutaan pengunjung pada malam ke-29 Ramadan, dikenali sebagai malam khatam bacaan al-Quran.
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan persiapan meliputi pelbagai perkhidmatan termasuk bimbingan agama, sesi pembelajaran dan kawasan yang ditetapkan untuk menjawab pertanyaan.
Presiden Hal Ehwal Agama Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais, menekankan kepentingan semua petugas keagamaan bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan rancangan khusus pada malam itu.
Dr Al-Sudais juga menekankan keperluan kerjasama rapat dengan semua organisasi berkaitan dalam Dua Masjid Suci itu.
Ini termasuk memanfaatkan teknologi, perkhidmatan penterjemahan dan sumber lain untuk memberikan perkhidmatan optimum kepada jemaah, jemaah umrah dan pelawat bagi memudah cara mereka menunaikan kewajipan agama dengan mudah.
-- BERNAMA