Justin Trudeau: Eid Mubarak!

Agensi
Jun 5, 2019 12:47 MYT
Justin Trudeau antara ketua negara yang sering menitipkan ucapan Aidilfitri kepada umat Islam di Kanada dan seluruh dunia.
“Kerajaan Kanada akan terus teguh di sini komuniti masyarakat Islam di sini”
Demikian antara titipan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang tidak ketinggalan mendedikasikan ucapan Hari Raya yang ditujukan khas buat umat Islam di bumi The Great White North, pada Selasa.

Wishing all those celebrating the end of Ramadan a joyful Eid al-Fitr. Eid Mubarak! https://t.co/wUwWS9KgMR pic.twitter.com/NcmqlzW9dh

— Justin Trudeau (@JustinTrudeau) June 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Masyarakat Islam di Kanada dan seluruh dunia akan merayakan Aidilfitri. Aidilfitri menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang mulia.
“Selepas sebulan berpuasa di samping melakukan pelbagai kebaikan, Aidilfitri tiba untuk diraikan oleh mereka,” katan Trudeau menerusi laman Twitter miliknya.
Tambahnya, perayaan itu merupakan peluang untuk menghormati nilai-nilai Islam dari khidmat dan kemurahan hati kepada keamanan dan belas kasihan.
“Sama ada ia dilakukan secara sukarela di bank makanan atau menyokong badan amal tempatan, kaum Muslim Kanada menunjukkan kita sikap yang terbaik sepanjang tahun ini.
“Kami akan terus memerangi Islamofobia dan sifat benci dalam apa juga bentuk. Mari kita bersama-sama membawa Kanada menjadi negara yang lebih baik.
“Saya mewakili keluarga, Sophie berharap Aidilfitri kali ini akan disambut dengan meriah. Eid Mubarak!,” katanya lagi.
#Islam #Justin Trudeau #Kanada #Ramadan
;