OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau terkena batu yang dibaling oleh penunjuk perasaan ketika berkempen.
Beliau terkena batu kerikil itu sebaik menaiki bas untuk berehat selepas melawat sebuah kilang bir di bandar berkenaan.
Trudeau bagaimanapun dilaporkan tidak cedera akibat insiden itu.
Katanya, batu itu mungkin terkena bahu dan beliau membandingkan kejadian itu dengan kejadian sama pada 2016 yang mana seorang wanita melemparkan biji labu kepadanya.
Dua individu lain yang menaiki bas sama juga dilemparkan dengan batu turut tidak mengalami kecederaan.
Beliau dijadual mengadakan pemilihan pimpinan baharu kerajaan pada pertengahan September.
Trudeau yang mewakili parti sayap kiri Liberal berharap dapat memperolehi majoriti dalam pemilihan berkenaan.
Dalam kegawatan dunia menyelesaikan kemelut COVID-19, Trudeau meneruskan beberapa siri kempennya sehingga membangkitkan kemarahan rakyat negara itu.
Terdahulu, satu perhimpunan pilihan raya Trudeau terpaksa dibatalkan susulan kemarahan penunjuk perasaan yang menyerang acara berkenaan.
Agensi
Tue Sep 07 2021
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berdepan kemarahan penunjuk perasaan kerana giat berkempen ketika negara berdepan dengan kemelut kesihatan, COVID-19 - Gambar/ Reuters
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
QS Ranking: Taylor's terus cemerlang, tangga ke-36 terbaik di Asia
Taylor’s University terus cemerlang dengan lonjakan lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
WUF12: Pembantaian di Gaza, kehilangan tempat perlindungan
Dzulfitri Yusop membawakan perkembangan daripada World Urban Forum ke-12 dari Kaherah yang turut menyentuh mengenai isu genosid di Gaza dan kehilangan tempat perlindungan.
Rangkaian 5G Kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan pelan perancangan seterusnya daripada U Mobile Sdn Bhd berhubung proses pelaksanaan rangkaian kedua 5G di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada hari dagangan terakhir minggu ini susulan aktiviti pengambilan untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya AS.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu di Gaza
Di tengah Gaza, petugas perubatan Palestin mengesahkan berlaku kecederaan ekoran serangan udara di sebuah kediaman di kawasan Abu Maala.
AWANI Borneo [7/11/2024] – Di parkir hotel | Tuntutan Sulu | Kos RM320 juta
Tumpuan AWANI Borneo 8 Nov 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
COVID-19: PM Kanada dan isteri lakukan pengasingan diri
Langkah berkenaan diambil selepas isteri Perdana Menteri Sophie mengalami simptom selesema, termasuk demam.
PM Kanada Justin Trudeau dikritik kerana percutian mewah di pulau milik Aga Khan
Barisan pembangkang Kanada menyifatkan tindakan Trudeau itu tidak selari dengan situasi rakyat Kanada yang berdepan cabaran ekonomi.