#JusticeforSonyaGregorio: Netizen gesa reformasi polis susulan insiden tembak jiran

Afiq Ariffin
Disember 22, 2020 12:05 MYT
Jonel ditahan kerana menembak mati jiran Sonya Gregario, 52, dan anaknya Frank, 25, susulan perbalahan yang tercetus daripada bunyi bising meriam paip PVC buatan sendiri. -Foto Facebook @CNN Philippine
SUSULAN penularan video pegawai polis menembak mati dua beranak di sebuah bandar di Filipina, tanda pagar #StopTheKillingsPH dan #JusticeforSonyaGregorio mula trending di media sosial.
Insiden yang disifatkan kejam itu juga menimbulkan kemarahan orang ramai berhubung penguatkuasaan undang-undang dan budaya kekebalan serta keganasan yang diamalkan oleh polis negara itu.
BACA: Anggota polis ditahan selepas tembak mati jiran dua beranak kerana bising
Mereka juga turut mendesak agar institusi polis negara itu diubah ke arah yang lebih berperikemanusiaan.

THREAD I'm going to be using my platform to spread more awareness about what's happening in the Philippines, please use your voice and spread more awareness about the situation -- DON'T ignore it! #JusticeforSonyaGregorio #JUSTICEFORFRANKGREGORIO #StopTheKillingsPH pic.twitter.com/I7zdJYtFVO

— moka (@M0KALYN) December 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Any form of misunderstanding doesn't give you any right for acts of brutality. The fact that our public servants make us feel unsafe says a lot about the Philippines. Please help be educated and spread info!#JusticeforSonyaGregorio #StopTheKillingsPH #JUSTICEFORFRANKGREGORIO

— (@80SLUNAR) December 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

BEING A POLICE DOES NOT MEAN YOU CAN CUT OTHER PEOPLE'S LIVES SHORT! you are no police, you are a demon, a monster. how dare you kill 2 innocent people IN FRONT OF YOUR CHILD?? you are truly disgusting. rot in hell. #StopTheKillingPH #JusticeforSonyaGregorio pic.twitter.com/RhqfkV9XFM

— nora (@nursenoraaa) December 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, peguam Hak Asasi Manusia di Filipina turut memuat naik ciapan berhubung insiden itu.
Jelasnya, insiden itu berlaku kerana penyalahgunaan kuasa.
Biarpun Ketua Polis Filipina, Debold Sinas berkata bahawa insiden tersebut adalah 'kes terpencil', namun pembela hak asasi manusia dan pengkritik Presiden Filipina, Rodrigo Duterte beranggapan bahawa golongan berkenaan sering menggunakan ‘kekebalan’ dan keganasan secara meluas.
Terdahulu, lapor portal The Washington Post, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) turut menerbitkan laporan yang mendakwa pelbagai jenayah terhadap kemanusiaan telah dilakukan sepanjang tempoh Duterte memerintah.
Malah, ICC juga menyatakan bahawa pihaknya sudah bersedia untuk memutuskan sama ada akan meneruskan siasatan penuh ke atas Filipina dalam tempoh separuh pertama tahun depan.
Insiden melibatkan Jonel bukan kes pertama yang berjaya dirakam orang ramai.
Pada April, insiden penembakan polis terhadap bekas tentera Winston Ragos juga menjadi tular di media sosial.
Ragos didakwa mengalami gangguan akibat tekanan pasca-trauma sebelum ditembak ketika berdebat dengan anggota polis susulan tuduhan melanggar larangan kuarantin.
Pembunuhan Kian Delos Santos yang berusia 17 tahun pada tahun 2017 juga mencetuskan kemarahan.
Polis ketika itu mendakwa dia terlibat dengan dadah dan melepaskan tembakan terlebih dahulu. Namun video pengawasan menunjukkan polis menyeret mayatnya ke tempat di mana ia kemudian ditemukan.
Tiga pegawai disabitkan atas pembunuhan Kian Delos Santos setahun kemudian.
Walaupun berlakunya banyak pembunuhan melibatkan anggota polis di negara itu, Duterte dengan manifestonya "perang terhadap dadah" tetap popular di negara itu.
Sehingga kini, Duterte masih belum memberikan sebarang komen berkenaan isu tembakan berkenaan.
Pada Ahad, Sarjan Jonel Nuezca menembak mati jiran Sonya Gregario, 52, dan anaknya Frank, 25, susulan perbalahan yang tercetus akibat bunyi bising meriam paip PVC buatan sendiri.
Kedua-dua mangsa ditembak dari jarak dekat di kepala oleh suspek yang kemudiannya menyerah diri di balai polis.
Insiden ngeri itu sempat dirakam dan mulai tular di media sosial sejak semalam.
#Rodrigo Duterte #Twitter #tanda pagar #Pembunuhan #tembakan #polis #media sosial #mahkamah #jenayah #Dadah #presiden #keganasan #mati #siasatan #tentera #undang-undang #laman sosial #police #video #Filipina #Media
;