Juruterbang mogok, ribuan penerbangan British Airways dibatalkan

Agensi
September 9, 2019 07:05 MYT
Penerbangan yang dibatalkan melibatkan kira-kira 1700 penerbangan dari dan ke lapangan terbang Heathrow dan Gatwick di London pada Isnin dan Selasa. -foto REUTERS
SEKUMPULAN juruterbang syarikat penerbangan British Airways (BA) memulakan mogok dua hari bermula semalam sekali gus mengakibatkan hampir semua penerbangan syarikat berkenaan terkandas.
Tindakan yang menyusul akibat pertikaian mengenai gaji juruterbang itu juga menyebabkan ribuan penumpang terjejas.
Penerbangan yang dibatalkan melibatkan kira-kira 1700 penerbangan dari dan ke lapangan terbang Heathrow dan Gatwick di London pada Isnin dan Selasa.
Ketua Eksekutif BA, Alex Cruzk memohon maaf kepada semua pelanggan kerana penangguhan itu.
Menurutnya, tindakan juruterbang yang mahu mencapai matlamat sendiri menyebabkan pelanggan, jenama serta nama baik rakan sekerja lain terjejas.
BA sebelum ini dilapor menawarkan juruterbang kenaikan gaji 11.5 peratus selama tiga tahun daripada gaji purata ketika ini, £167,000 setahun termasuk gaji dan elaun kepada £200,000 setahun.
Secara purata, juruterbang syarikat itu meraih gaji kira-kira £90,000 setahun.
Bagaimanapun kesatuan juruterbang mahu perjanjian gaji memasukkan klausa perkongsian keuntungan dengan BA.
#British Airways #Gatwick #Heathrow #London #mogok #penerbangan
;