Juruterbang maut ketika sertai pertunjukan udara
Astro Awani
Mac 22, 2025 07:15 MYT
Mac 22, 2025 07:15 MYT


Nahas berlaku dalam zon penerbangan yang ditetapkan dan tiada kecederaan lain dilaporkan. - Foto X/Thulani Ndaba
SALDANHA: Seorang juruterbang maut selepas pesawatnya terhempas ketika menyertai Pertunjukan Udara West Coast di Saldanha, Afrika Selatan, pada Sabtu.
Pesawat yang terlibat dalam insiden itu adalah Impala MKII.
Menurut pihak berkuasa, juruterbang tersebut merupakan seorang veteran tentera udara yang sangat berpengalaman.
Beliau sempat cuba untuk menyelamatkan diri dengan kerusi lenting tetapi gagal.
Nahas berlaku dalam zon penerbangan yang ditetapkan dan tiada kecederaan lain dilaporkan.
Pihak berkuasa Penerbangan Awam Afrika Selatan (SACAA) bersama unit penyiasatan nahas tentera udara Afrika Selatan kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.