Juruterbang Germanwings berlatih teknik junam pesawat sebelum nahas

AFP
Mei 6, 2015 20:20 MYT
Pembantu juruterbang syarikat penerbangan Germanwings Andreas Lubitz dilapor "mengkaji" teknik menjunamkan pesawat dalam penerbangan sebelumnya. -Gambar fail
Pembantu juruterbang syarikat penerbangan Germanwings Andreas Lubitz dilapor "mengkaji" teknik menjunamkan pesawat dalam penerbangan sebelumnya.
Pejabat Siasatan Kemalangan (BEA) berkata Lubitz, 27 tahun, telah mengkaji teknik menjunamkan pesawat dalam penerbangan Dusseldorf ke Barcelona tanpa "impak ketara" hanya beberapa jam sebelum penerbangan balik yang membunuh 150 orang di pergunungan Alps Perancis pada 24 Mac.
"Beberapa pilihan altitud 100 kaki telah direkodkan pada pesawat yang terbang sebelum pesawat malang tersebut, ketika pembantu juruterbang bersendirian di dalam kokpit," menurut laporan itu.
Data daripada pesawat sebelumnya ditemui pada satu daripada kotak hitam pesawat berkenaan, kata pengarah BEA Remi Jouty.
BACA: Germanwings: Andreas Lubitz kaji mengenai pintu kokpit dan bunuh diri
BACA: Germanwings: Rakaman suasana panik dalam kabin sebelum nahas tersebar
#Andreas Lubitz #Germanwings #penerbangan #pergunungan alps perancis #teknik menjunam
;