Juruteknik maut tersepit pintu pesawat

Agensi
Julai 10, 2019 19:04 MYT
Seorang juruteknik syarikat penerbangan maut setelah tersepit pada pintu pesawat dalam kejadian di Kolkata, India pada awal pagi Rabu. -Gambar hiasan
Seorang juruteknik syarikat penerbangan maut setelah tersepit pada pintu pesawat dalam kejadian di Kolkata, India pada awal pagi Rabu.
Menurut jurucakap SpiceJet, mangsa Rohit Pandey sedang menyelenggara pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Netaji Subhash Chandra Bose, apabila pintu hidraulik secara tiba-tiba tertutup sendiri.
"Tubuhnya tidak dapat ditarik keluar dan pintu terpaksa dipotong oleh beberapa mekanik," kata Pengarah Lapangan Terbang Kolkata, Kaushik Bhattacharya.
Pandey diisytiharkan meninggal dunia sejurus selepas pintu pesawat dipotong.
Siasatan ke atas kemalangan itu sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Insiden yang berlaku kepada Pandey tambah merumitkan lagi keadaan syarikat penerbangan bajet ini yang berdepan pelbagai isu termasuk berkaitan penyelenggaraan.
Minggu lalu, pesawat SpiceJet dilapor tersasar dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj di Mumbai.
#juruteknik #Kaushik Bhattacharya #Lapangan Terbang Antarabangsa Netaji Subhash Chandra Bose #pintu hidraulik #SpiceJet #syarikat penerbangan #tersepit
;