Juruteknik Air India maut disedut enjin jet pesawat

AFP
Disember 17, 2015 17:49 MYT
Kemalangan memilukan itu berlaku pada Rabu apabila pembantu juruterbang penerbangan AI 619 ke Hyderabad tersalah anggap isyarat yang diberikan daripada kakitangan di lapangan, dan mula menghidupkan enjin pesawat. - Gambar fail
Seorang juruteknik syarikat penerbangan gergasi Asia, Air India maut disedut ke dalam enjin jet ketika pesawat berkenaan mengundur sebelum berlepas di lapangan terbangan Mumbai, India.
Kemalangan memilukan itu berlaku pada Rabu apabila pembantu juruterbang penerbangan AI 619 ke Hyderabad tersalah anggap isyarat yang diberikan daripada kakitangan di lapangan, dan mula menghidupkan enjin pesawat.
Enjin itu menyedut Ravi Subramaniam yang berdiri berdekatan enjin berdekatan, lapor Press Trust of India (PTI) sebelum memetik sumber tanpa nama dari Air India.
Dalam satu kenyataan di Twitter rasmi syarikat penerbangan berkenaan, Air India berkata 'salah seorang jurutekniknya maut dalam satu kejadian yang tidak diingini semasa pesawat AI 619 hendak bersedia untuk berlepas' tanpa menjelaskan apa yang sebenarnya telah berlaku,

AI CMD MrAshwani Lohani said we are deeply saddened & regret the tragic incident @ Mumbai airport this evening when an Air India technician

— Air India (@airindiain) December 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

died in a mishap during pushback of flight AI 619. The incident is being investigated. Our heartfelt condolences to the bereaved family.

— Air India (@airindiain) December 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Insiden tersebut masih lagi disiasat. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga," kata Air India menerusi Twitternya.
Menurut PTI lagi, Pengerusi dan Pengarah Urusan Air India, Ashwani Lohani berkata "pihaknya sedih dan menyesali kejadian yang tragis itu", ketika ditemui di lapangan terbang Mumbai.
Syarikat penerbangan itu sebelum ini tidak melaporkan keuntungan tahunannya sejak 2007. Ia juga dilanda dengan pelbagai masalah teknikal dan insiden yang memalukan lain termasuk kelewatan kakitangan untuk melakukan penerbangan.
April lalu, syarikat penerbangan itu menjadi berita utama apabila dua juruterbangnya terpaksa kembali ke pangkalan lapangan terbang selepas satu pergaduhan tercetus antara kedua-dua individu tersebut sebelum berlepas.
#airindia #disedut #kemalangan #lapangan terbang #maut #Mumbai #ravi subramaniam
;