Jururawat cuai kaki bayi terpaksa dipotong

Sinar Harian
Jun 10, 2018 11:43 MYT
kaki bayi itu melecur akibat alat pengering bersuhu tinggi yang dihalakan ke bayi itu kira-kira 30 minit. - Sumber Agensi
Sekumpulan doktor di China bertungkus-lumus menyelamatkan kaki seorang bayi berusia empat hari daripada dipotong akibat kecuaian seorang jururawat di Hospital Xincai.
Namun, usaha itu gagal apabila kaki bayi berkenaan melecur teruk dan terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa bayi berkenaan yang diletakkan di unit rawatan rapi bayi.
The Sun melaporkan, kaki bayi itu melecur akibat alat pengering bersuhu tinggi yang dihalakan ke bayi itu kira-kira 30 minit.
Kejadian itu bagaimana sempat dirakam menerusi kamera CCTV yang memperlihatkan seorang jururawat sedang mengeringkan bayi tersebut selepas mandi.
Dalam video berkenaan, jururawat itu meninggalkan bayi tersebut dengan alat pengering yang masih berfungsi.

Doktor bedah di hospital berkenaan menjelaskan, kulit bayi itu mulai merekah dan berdarah.

"Jika perkara itu dapat dielakkan bayi berkenaan mungkin hanya mengalami luka ringan," katanya.
#bayi #China #Hospital #Hospital Xincai #potong kaki #video
;