Jururawat bunuh 4 pesakit dihukum dipenjara seumur hidup

Astro Awani
April 20, 2019 13:34 MYT
Bonino dituduh memberi ubat pencair darah dalam dos tinggi kepada pesakit ICU di sebuah hospital. -Foto Sinar Harian
Seorang jururawat di Itali dijatuhi hukuman penjara seumur hidup semalam selepas didapati bersalah membunuh sekurang-kurangnya empat pesakit di bawah jagaannya.
Fausta Bonino, 56, yang ditangkap pada 2016 susulan siasatan mendapati dia satu-satunya kakitangan hospital yang terlibat dalam setiap kes kematian luar biasa di wad berkenaan.
Polis bagaimanapun percaya Bonino bertanggungjawab terhadap hampir 10 kes kematian tidak normal di hospital itu.
Siasatan mendapati kesemua mangsa meninggal dunia selepas diberi ubat cair darah jenis Eparina dalam dos tinggi.
Bonino, 56, walau bagaimanapun membantah keputusan itu dan mendakwa tidak bersalah atas kesalahan membunuh.
Peguamnya berkata tertuduh akan membuat rayuan.
#Eparina #Fausta Bonino #kematian tidak normal #penjara seumur hidup #Piombino #Tuscany #ubat pencair darah
;