Jurukamera Al Jazeera cedera parah dalam pengeboman Israel di Hospital Al-Aqsa

Agensi
Oktober 8, 2024 06:45 MYT
Ali Al-Attar yang berusia 27 tahun dilaporkan mengalami keretakan tengkorak dan pendarahan dalaman di otak. - Gambar media sosial
GAZA: Jurukamera saluran berita antarabangsa Al Jazeera, Ali Al-Attar cedera parah apabila dua serpihan terkena kepalanya berikutan pengeboman yang menyasarkan Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir el-Balah, tengah Gaza.
Al-Attar, 27, dilaporkan mengalami keretakan tengkorak dan pendarahan dalaman di otak.
Doktor menyifatkan keadaannya kritikal, terutamanya memandangkan kemudahan perubatan yang semakin berkurangan.
Wartawan dan profesional media merayu kepada pertubuhan kemanusiaan dan media antarabangsa untuk campur tangan untuk memindahkan al-Attar untuk rawatan di luar Gaza.
Pengamal media terpaksa bekerja dari dalam hospital semasa perang kerana kekurangan bekalan elektrik, internet dan ruang kerja. - Al Jazeera
#Perang Palestin-Israel #Jurukamera Al Jazeera #Hospital Syahid Al-Aqsa #israel serang gaza
;