Jurong Bird Park Singapura ditutup selepas 52 tahun beroperasi

Irfan Faruqi
Januari 4, 2023 14:02 MYT
3,500 spesies burung yang dipelihara di taman tersebut akan dipindahkan ke kawasan baharu. - Foto Facebook/Mandai Wildlife Reserve
SINGAPURA: Taman burung terbesar di Asia, Jurong Bird Park di Singapura ditutup secara rasmi pada Selasa.
Penutupan adalah ketika taman tersebut menyambut ulang tahun ke-52 pada hari yang sama.
Jurong Bird Park mula beroperasi secara rasmi pada tahun 1971. Pada hari terakhir operasinya, 2,600 pengunjung melawat taman burung itu, dan ramai yang terus berada dalam premis itu sehingga waktu penutupannya.
Sepanjang lima hari terakhir operasinya, 30,000 pengunjung membanjiri taman burung berkeluasan 20.2 hektar itu.
Lanjutan itu, 3,500 spesies burung yang dipelihara di taman tersebut akan dipindahkan ke kawasan baharu yang sedikit kecil. Taman baharu yang diberi nama Bird Paradise, dijangka akan dibuka pada suku kedua tahun ini.
Ia akan menjadi sebahagian daripada Mandai Wildlife Reserve, yang turut menempatkan Zoo Singapura dan River Wonders and Night Safari.
#Asia #Singapura #Jurong Bird Park
;