Junta tentera Myanmar lakukan jenayah kemanusiaan - Pakar hak asasi PBB

Astro Awani
Mac 12, 2021 08:22 MYT
Orang ramai menghadiri majlis pengebumian seorang penunjuk perasaan, Chit Min Thun, yang terkorban ketika mengadakan protes anti rampasan kuasa di Yangon, Myanmar, 11 Mac, 2021. REUTERS
PAKAR bebas hak asasi PBB mendakwa junta tentera Myanmar melakukan jenayah kemanusiaan.
Ini susulan tindakan keras yang diambil terhadap penunjuk perasaan pro demokrasi.
Menurut Thomas Andrews, pasukan keselamatan Myanmar didakwa telah membunuh sekurang-kurangnya 70 orang.
Bilangan mereka yang ditahan pula sudah melebihi 2,000 orang.
"Ini adalah hakikat yang membimbangkan. Sebaik sahaja kami keluarkan laporan, bilangan korban dan tahanan di Myanmar meningkat. Junta menahan puluhan, adakalanya ratusan individu, setiap hari.
"Setakat malam tadi, jumlah mereka yang ditahan sejak 1 Februari melebihi 2,000. Dan keganasan terhadap penunjuk perasaan, termasuk mereka yang memprotes secara aman di rumah mereka, juga semakin meningkat," katanya di Geneva pada Khamis.
Beliau juga menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan PBB berhubung situasi di Myanmar, tidak cukup tegas.
#Myanmar #jenayah #keganasan #keselamatan #tentera #protes #Penunjuk perasaan #PBB #AS
;