Junta tentera beri amaran penjara kepada penunjuk perasaan

Astro Awani
Februari 15, 2021 06:15 MYT
Denda juga akan dikenakan ke atas mereka yang didapati menyemai kebencian terhadap pemimpin tentera. - Foto AP
Junta tentera memberi amaran kumpulan penunjuk perasaan berdepan hukuman penjara 20 tahun sekiranya menghalang tugas mereka.
Denda juga akan dikenakan ke atas mereka yang didapati menyemai kebencian terhadap pemimpin tentera.
Hukuman berat itu diumumkan ketika junta masih cuba meredakan tunjuk perasaan di bandar utama.
Ratusan rakyat menyertai tunjuk perasaan yang memasuki hari ke-11.
Mereka menuntut pemimpin kerajaan awam, termasuk Aung San Suu Kyi dibebaskan.
Dalam perkembangan sama, tentera dan polis menyerbu ibu pejabat Liga Parti Demokrasi (NLD). Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal memasuki premis bangunan berkenaan.
Menurut media tempatan, petugas enggan memberikan kerjasama.
Minggu lalu, pejabat sama turut diserbu. Sebahagian komputer dan dokumen dirampas.
Sementara itu, peguam Suu Kyi mengesahkan tahanan rumah pemimpin itu disambung.
Suu Kyi juga dijangka dibicarakan atas tuduhan pemilikan peranti komunikasi haram.
#Aung San Suu Kyi #polis #kerajaan #tentera #penjara #NLD #Myanmar #tunjuk perasaan #Hukuman
;