Junta Myanmar tarik balik hukuman ke atas lebih 23,000 tahanan
Astro Awani
Februari 12, 2021 09:56 MYT
Februari 12, 2021 09:56 MYT
TENTERA Junta Myanmar menarik balik hukuman terhadap lebih 23,000 tahanan, demikian pengumuman Jeneral Kanan Min Aung Hlaing pada Jumaat.
Ia membabitkan 23,314 tahanan Myanmar dan 55 tahanan asing.
Pengumuman itu turut memaklumkan hukuman bagi tahanan Myanmar ditarik balik sementara "sebuah negara demokratik baharu sedang dibina, pembangunan dan disiplin untuk mengubah tahanan menjadi warga negara yang lebih baik, untuk menggembirakan rakyat jelata dan mewujudkan sifat kemanusiaan dan belas kasihan."