Keputusan United Kingdom (UK) untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dijangka mengurangkan jumlah penumpang penerbangan UK antara tiga dan lima peratus menjelang 2020, didorong oleh kelembapan yang dijangka dalam aktiviti ekonomi dan penurunan kadar pertukaran sterling.
Dalam kenyataan hari ini, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata kesan jangka pendek ke atas pasaran pengangkutan udara UK tidak pasti, tetapi pengangkutan akan terjejas disebabkan perdagangan antarabangsa yang rendah dalam jangka masa panjang.
"Isu besar adalah peraturan penerbangan. UK menghadapi tukar ganti antara mengakses pasaran penerbangan tunggal Eropah dan mempunyai kebebasan dasar untuk menetapkan peraturannya sendiri," katanya.
Dalam pungutan suara bersejarah itu, atau Brexit, pada 23 Jun, UK mengundi untuk keluar daripada EU, yang disertainya sejak 1973.
Keputusan itu mempunyai impak yang luas di seluruh UK dan sedikit sebanyak, lebih luas melalui Eropah dan lain-lain, katanya.
IATA berkata bagi impak ekonomi susulan senario ini, kesan segera ke atas trafik udara akan dikawal oleh kesan daripada Brexit pada dua pembolehubah utama; aktiviti ekonomi dan kadar pertukaran sterling (GBP).
"Sterling jatuh mendadak dalam dagangan tidak menentu susulan keputusan itu, selari dengan jangkaan.
"Pandangan umum dalam kalangan penganalisis adalah ia akan pulih dalam jangka sederhana hingga jangka panjang," katanya.
Menurut IATA, kesan ke atas perjalanan udara lebih jelas berbanding kesan ekonomi.
Pound yang lemah telah menjadikan perjalanan keluar untuk penduduk UK lebih mahal (disebabkan amaun daripada GBP kini pembelian barangan dan perkhidmatan berkurangan di luar negara).
Pada masa sama, bagi pengunjung luar ke UK, pendapatan mata wang tempatan mereka kini lebih luas berbanding sebelumnya, katanya.
"Keputusan UK untuk keluar daripada EU mempunyai impak yang luas dan ketara, termasuk dalam konteks ekonomi dan pengawalseliaan.
"Sebahagian daripada kesan ini akan dirasai dengan segera misalnya melalui kesan kadar pertukaran ke atas kos perjalanan udara.
"Sebahagiannya, kesan ini bergantung kepada syarat yang dirundingkan sebagai sebahagian daripada perjanjian keluar," katanya.
Bernama
Sat Jun 25 2016

Pengangkutan udara akan terjejas disebabkan perdagangan antarabangsa yang rendah dalam jangka masa panjang. - Gambar hiasan/AFP
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Tidak realistik untuk runding semula protokol - Suruhanjaya Eropah
Badan eksekutif Kesatuan Eropah itu akan melancarkan prosedur pelanggaran bagi melindungi pasaran tunggal blok itu daripada risiko pencabulan protokol.

Pasca-Brexit: Kekurangan bekalan makanan dibimbangi di UK
Bermula 1 Jan, pengimport mesti membuat pengisytiharan kastam penuh mengenai barangan yang dibawa masuk ke UK dari EU atau negara lain.

Pemuda UMNO cadang pembentukan Kabinet Perang
Perdana Menteri boleh meletakkan jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen jika tidak lagi mendapat majoriti.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pasca-Brexit: Kesatuan Eropah tidak akan runding semula perjanjian asal
Kerajaan UK sebelum ini menyatakan, pemeriksaan sempadan yang dikenakan terhadap barangan dari Ireland Utara terbukti tidak dapat dilaksanakan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hubungan dengan EU: UK minta runding semula babitkan peraturan dagang
Protokol itu perlu ditulis semula kerana ia melemahkan proses perdamaian dan mempengaruhi kehidupan rakyat di Ireland Utara.

Pasca-Brexit: Parlimen Eropah akan sahkan perjanjian perdagangan
Rancangan asal EU bertujuan mengelak pembukaan sempadan antara Ireland dengan Ireland Utara menjadi pintu belakang bagi bekalan vaksin.

Nelayan Britain berdepan risiko hilang pendapatan susulan larangan eksport EU
Larangan itu dibuat selepas Britain meninggalkan EU pada 1 Januari lalu, yang mana hasil laut yang berkenaan perlu dibersihkan sebelum digunakan dan tidak boleh dijual kepada 27 ahli blok berkenaan.

Kalau tidak politik, kami nak main apa, Mak Yong, congkak? - Salahuddin Ayub
Pakatan Harapan (PH) akan terus berpolitik demi memastikan suara rakyat terus didengari meskipun ada desakan supaya sebarang bentuk politik dihentikan buat masa ini.