Jumlah mangsa maut pertempuran bersenjata di Mesir meningkat 52 orang

Agensi
Oktober 21, 2017 19:55 MYT
Mesir berdepan pemberontakan dua kumpulan militan di Semenanjung Sinai, termasuk kumpulan yang memiliki pertalian dengan militan Daish. - Gambar fail
Sekurang-kurangnya 52 anggota polis dan tentera Mesir terbunuh dan enam lagi cedera dalam pertempuran bersenjata terbaharu ketika beberapa serbuan dilakukan di kawasan yang disyaki sebagai kubu persembunyian kumpulan militan sejak Jumaat.
Mesir kini berdepan pemberontakan dua kumpulan militan di Semenanjung Sinai, termasuk kumpulan yang memiliki pertalian dengan militan Daish.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mesir mengeluarkan kenyataan mengenai operasi yang dilancarkan itu pada Jumaat tetapi setakat ini tidak memberi butiran mengenai mangsa. Sekurang-kurangnya 23 anggota polis disahkan terkorban manakala selebihnya mereka yang bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Sumber pasukan keselamatan berkata, pihak berkuasa menerima maklumat mengenai tempat persembunyian beberapa anggota kumpulan Hasm iaitu dalang di sebalik beberapa serangan yang menjadikan hakim dan anggota polis sasaran utama sejak tahun lalu.
Kumpulan militan menjadikan kawasan terpinggir di Sinai sebagai kubu mereka. Rata-rata mereka mewakili kumpulan Ansar Bayt al-Maqdis yang pada 2014 melahirkan sokongan kepada kumpulan Daish.
#Hasm #Mesir #militan #Semenanjung Sinai
;