Jumlah korban kilang terbakar di New Delhi meningkat kepada 11 orang
Bernama
Februari 16, 2024 14:40 MYT
Februari 16, 2024 14:40 MYT
NEW DELHI: Jumlah korban dalam insiden kilang terbakar di New Delhi pada Khamis lalu meningkat kepada 11 orang, kata pegawai kanan jabatan bomba, lapor Xinhua.
"Identiti mangsa yang rentung itu masih tidak dapat dipastikan. Semua mangsa merupakan pekerja kilang," kata pegawai itu pada Jumaat.
Empat orang cedera, termasuk seorang anggota polis dan dua wanita dan mangsa dimasukkan ke hospital tempatan.
Kebakaran berlaku di sebuah kilang pembuatan cat di kawasan Bhorgarh di barat laut New Delhi.
Kilang itu terletak bersebelahan dengan kawasan perumahan dan bomba mengambil masa kira-kira empat jam untuk memadamkan kebakaran.
Punca kebakaran masih belum diketahui.
-- BERNAMA