Jumlah korban bot karam di Djibouti meningkat kepada 42
Bernama
April 14, 2021 13:09 MYT
April 14, 2021 13:09 MYT
ADDIS ABABA: Angka kematian akibat bot karam baru-baru ini di pantai Djibouti meningkat kepada 42 orang, kata Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) pada Selasa.
"Sekurang-kurangnya 42 orang maut selepas sebuah bot sindiket penyeludupan manusia, mengangkut kira-kira 60 pendatang yang melarikan diri daripada konflik di Yaman, terbalik dalam perjalanan ke Djibouti pada pagi Isnin," lapor Agensi Berita Xinhua memetik kenyataan IOM.
Sekurang-kurangnya 16 kanak-kanak turut terkorban.
Pada Isnin, IOM mengumumkan kira-kira 34 migran meninggal dunia dalam kejadian itu.
"Meskipun berbahaya, jumlah pendatang yang tiba di Djibouti terus meningkat. Pada Mac, lebih 2,343 pendatang tiba dari Yaman, berbanding 1,900 pada Februari," kata agensi itu.
Menyedari keadaan migran di Yaman begitu tragis sehingga mereka tidak mempunyai pilihan selain bergantung pada penyeludup untuk pulang.
Agensi itu menggesa kerajaan di sepanjang laluan berganding bahu dan menyokong usaha IOM untuk membolehkan pendatang pulang dengan selamat.
-- BERNAMA
#maut
#meninggal dunia
#Kanak-kanak
#kerajaan
#karam
#bot
#bot karam
#sindiket
#Djibouti
#bot terbalik
#Organisasi Migrasi Antarabangsa
#Yaman
#migran
#pendatang