Jumlah korban akibat COVID-19 kini lebih 942,000

Farhana Joni
September 18, 2020 08:29 MYT
Jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 kini melebihi angka 942,000 kes. -REUTERS
ANGKA korban seluruh dunia akibat jangkitan COVID-19 kini melebihi 942,000.
Menurut statistik Johns Hopkins University, angka kematian global itu meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Amerika Syarikat mencatat jumlah tertinggi dengan 197,364 kematian manakala Brazil (134,106), seterusnya India (83,198), Mexico (71,978) dan United Kingdom (41,794).
Itali, Perancis, Peru dan Sepanyol pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.
Iran dan Columbia pula merekodkan angka lebih 23,000 kes korban COVID-19.
Lain-lain negara masih mencatat angka korban bawa 20,000 kes dan Malaysia kekal 128 kes kematian pada Khamis.
#Amerika Syarikat #COVID-19 #Global #India #Itali #jangkitan #kematian #Malaysia #Perancis #Peru #sepanyol
;