Jumlah kematian letupan bom Quetta dijangka bertambah

Astro Awani
Februari 16, 2013 07:00 MYT
Susulan letupan bom di Quetta, Pakistan yang membunuh hampir 100 mangsa dan mencederakan 180 yang lain, penduduk yang marah kerana serangan tidak berperikemanusiaan itu terus meneliti sisa kemusnahan bagi membantu pihak berkuasa mengesan dalang di sebalik serangan.
Menurut polis, jumlah kematian dijangka meningkat kerana ramai mangsa mengalami kecederaan yang parah.
Bom itu yang disorok di dalam tangki air meletup ketika pasar sesak dengan pengunjung.
Selain itu, ahli keluarga mangsa juga enggan mengebumikan mereka yang terkorban dan menganjurkan protes mendesak kerajaan menangani ancaman pengganas di Quetta.
#letupan bom #Pakistan #pengganas #Quetta
;