Jumlah dos vaksin didaftarkan seluruh dunia cecah 2.007 bilion

Astro Awani
Jun 3, 2021 21:48 MYT
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan 700 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan. - AP NEWSROOM
LEBIH 2,007 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Jumaat.
Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan 700 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti Amerika Syarikat (AS) sebanyak 297 juta dos manakala India dengan 221 juta dos vaksin.
Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 60 juta dos adalah United Kingdom (UK) dan Brazil.
Manakala Jerman dengan 52 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 37 dan 36 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 27 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.
Filipina pula dengan 5.1 juta dos, Singapura dengan 4.04 juta dos dan diikuti Thailand dengan 3.6 juta dos.
Malaysia berada di kedudukan kelima negara di Asia Tenggara dengan jumlah dos sebanyak 3.2 juta.
#COVID-19 #vaksin #AS #John Hopkins University #China #India #Amerika Syarikat #United Kingdom #Johns Hopkins University